Tuesday, June 8, 2010

gila dah setahun!

hah.. nak wat blog utk kompeni baru. tapi terjumpa lak blog ni. ada ke dah setahun! hah! mcm2 dah terjadi dlm masa setahun tu. :) tapi yg penting, saya suka june tahun ini! terima kaseh Tuhan:)
pelik bila tgk balik contengan tahun lepas. tak ingat pun saya merepek apa tapi yg penting, makin hari hidup makin best, makin byk dugaan tapi makin bermakna. (dulu dugaan x bermakna ke? haih.)

saya suka! :)
yeye.

ok nak gi beli mkn, lapo.

Wednesday, June 10, 2009

hari rabu yg dah tak demam

dah 2 hari aku mc. giler ah. senin + selasa melepek je kat umah. ponteng keje mmg best, tapi kalu mmg betul2 unwell tu sgt la different story nya. boring nya la membawa diri sorang2. sendiri nak mkn, sendiri masak megi (masak lain tak larat/tak de selera) pastu mkn je roti coklat. telan telan. pastu telan ubat lak. air masak/jus buah/ susu dah berkoyan dah masuk perut, kuar balik. jenuh berulang ke toilet. menderita jugak la aku demam kali ini. dah lama kan sejak bday aku bulan doblas aritu. tu la time sehat sejahtera eksen sgt. :p

tv pun citer tak best. apera. sib baik ada komik leh teman kan aku. tapi tak mampu baca sgt. tidur aku byk gangguan lak. time aku tidur, time tu lah telipon berbunyi. tensen aku. oh kenapa dunia ini kejamm.. haha.

oh ya. akak aku ada kol dan tabur janji manis agi. biarkan la dia. tak larat nak pikir. tunggu aku betul2 sehat, baru la bleh berfikiran waras sikit, kot. :)

Wednesday, June 3, 2009

hari yg jelas

terdengar lagu si juara tu, ciptaan abg2 comel yg aku agak kenal.. tiba2 buat aku tersentap. :) aku mcm lupa dah apa yg aku tersangat inginkan sejak sekolah menengah. walopun benda tu mcm poyo je dan tak glemer. bagi sesetengah org. tapi bagi aku kan.. writers ni lah yg paling aku kagumi. tak kira la tulis apa. aku rasa bukan senang nak jadi penulis ni. tulis lagu ke, tulis lirik ke, tulis buku ke, tulis tulisan ke. :p

yes. aku nak jadi penulis. tapi aku tak amik kelas sastera. aku tak amik mass com utk jadi jenelis. tak. tapi aku minat. dan abang2 tu yg meyakin kan aku ada bakat. :D ngee. bakat dan minat cukup ke? aku tak mimpi pun nak pemes. (mereka kata aku bleh pemes). no. itu bukan impian aku. utk pemes? aku suka bila bleh buat org senyum, ketawa, nangis, bersama aku dan tulisan aku. yg faham karya aku. yg suka dgn masterpiece aku. aku nak mcm tu. tapi kat mana nak start? dgn blogging je? kat mana aku nak mula? tulis drama? kat mana aku nak blaja? kena pergi kelas teater ke? sempat ke aku kejar semua itu? boleh ke aku? tak terlewat agi ke aku nak kejar impian tu? ke angan2 je?

atau aku terus kan je keje aku dgn pendapatan tetap ni? haha. tgk la cam ne. aku rasa mcm hidup aku dah tak banyak benda yg mendatangkan inspirasi. dah lama dah minda aku kena block dgn benda2 negetif. di mana dulu, ketika aku hepi dgn life aku, aku tak amik kesah pun dgn benda2 bodo yg bagi aku leh je tepis2 tolak tepi. tapi sekarang benda tu yg penjara kan aku. aku dah menjadi seorang yg sgt pasif. yg benci dgn apa yg aku harungi. benci semua. aku dah tak kompiden. aku lemas. aku rasa aku dah salah pilih jalan. :) dan mmg tak boleh patah balik.

jadi, cakap kat aku. bukan ke kalu nak capai impian, kita kena jadi diri sendiri dulu? jadi terangkan pada aku, salah ke aku rasa lagu hit si juara itu sangat menyentapkan aku. buat air mata aku bergenang. aku tak imejin itu lagu utk kekaseh yg sayang gila kat ex kekaseh dia. bukan. aku rasa lagu tu luas skop nya. aku nampak aku dgn diri aku yg dulu.

ke aku yg giler? :p

Tuesday, June 2, 2009

hepi kot, mcm lolipop :)

semlm bell konvo. dah besar dah budak kecik tu. :) tahniah ye. walopun sedeh mummy kena keje, tapi still best kan bell? akhirnya konvo jugak. takde flip flop. huhu.

oh ye.. tenkiu sebb meng invite me dan ija pegi acara mkn2 di cengho tersebut. best dpt mkn. best dpt hang out dgn ur famili. not forgetting yadi's famili. glad to know each n everyone of u. selama ni dengar cerita je kan.

oh ye. eppy pun ada. sangat suka dpt jumpa dia. tapi kan.. tu lah. jeng jeng jeng. terkantoi la pulak. terus rasa akward. dia nak kawan aku lagi ke pasni? :( after wat hepen. really hope dat he can forgive dan forget. aku tak bermaksud pun nak tipu, cuma, tak bagitau je perkara sebenar. saje tanak bitau. tak bleh ke? :( nti aku ckp kang, terus tanak kawan lak, atau di treat diferentli. semlm ada msg2 dgn dia. tapi dia punya ayat mmg sentap. dia ckp dia tanak streotype in judging me la kan, tapi dia kata mcm nak mati. :( caner tu? last thing i will ever do is hurting no one.
i like to apologize.had known it wudnt hepen like this. i respect u this much. sincerely-eppy.

camne ni :( bee plis help. aku suka lepak ngan korang. pasni mesti kena banned dah. :(( aaa. at least utk beberapa minggu ni je. pasti aku kembali ke penjara. at least bagi la aku hepi kejap. sian la kat aku. rindu saat remaja. huhu.

Tuesday, May 26, 2009

hari selasa yg hujan

baru tadi ber ym dgn HR tanya biler kah gaji akan muncul dlm ekaun aku. dan jawapan agak kurang meyakin kan. kalu beliau ckp esok or mebe lusa bermakna jumaat le ada tu. ala org nak pi berjimba ni. :( tak pe la doa kan je esok ada. fuh fuh fuuhh.

oh ye tadi kena hujan. elok dah sampai kat tepik lite kira2 setengah km je dari opis, hujan punya lah lebat mcm bomba siram air. dasat sungguh. lencun le aku. penat je bergaya depan cermin selama setengah jam tadi.:( tahu aku bakal kuyup begini, aku pakai je baju tidur dan sambil gigit berus gigi, sambil kayuh skuterku yg manja itu. haih. nasib baik ada baju spare kat opis. komplete dgn spender skali aku ada sediakan. itu kira back up kalu tetiba aku malas balik umah, lepak umah ija ke bell ke.. bagus ada back up ni.

so moral nya ialah.. tuan2 dan puan2 yg budiman, silalah sediakan back up plan anda. sebb ujan tak tahu bila datang. sekian. :p

erm.. rasa seram sejuk mcm nak demam pun ada ni. :((